Isnin, 27 Julai 2009

ADAB BERJIHAD

4. ADAB BERJIHAD

1. Maksud jihad

· Dari segi bahasa; usaha yang bersungguh-sungguh dengan menggunakan kemampuan yang ada

· Dari segi istilah; usaha yang dilakukan oleh seseorang muslim dengan menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam dan mendapat keredhaan allah

· Jihad yang paling utama ialah perjuangan menegakkan agama Allah dengan mengorbankan nyawa dan jiwa

· Jihad lain;

- Berjihad meningkatkan prestasi pendidikan

- Membangunkan negara

- Menggiatkan aktiviti ekonomi dll

2. Kelebihan orang yang berjihad dijalan Allah

· Pahala dan darjat disisi Allah

3. Peringkat-peringkat jihad

· Berjihad membaiki diri

i. Mempelajari islam

ii. Mengamalkan ajaran islam dalam kehidupan seharian

iii. Menyebarkan ilmu

iv. Sabar dan ikhlas dalam menyebarkan islam

· Berjihad melawan syaitan

i. Melawan dan menghapuskan keraguan serta was-was yang ada dalam diri

ii. Menjauhkan diri daripada menurut hawa nafsu dan perkara-perkara maksiat

· Jihad melawan orang kafir harbi dan munafik

i. Boleh dilakukan dengan hati, lidah dan nyawa

· Jihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran

4. Adab-adab berjihad

· Niat yang ikhlas dan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah

· Sanggup berkorban apa sahaja untuk perjuangan menegakkan agama islam

· Sentiasa beriltizam dan istiqamah dalam perjuangan dengan memberi komitmen yang tinggi

· Mematuhi arahan dan mempunyai semangat berpasukan

5. Cara melahirkan semangat jihad

· Memahami tuntutan jihad yang sebenar

· Menerapkan semangat jihad dikalangan pemuda dan pemudi

· Mengetahui kelebihan jihad melalui kisah-kisah perjuangan para sahabat

· Sentiasa mengamalkan ibadat sunat seperti qiamulllail dan membaca al-quran

2. IBNU SINA BAPA PERUBATAN DUNIA

2. IBNU SINA BAPA PERUBATAN DUNIA

1. Biodata;

· Hussin Bin Abdullah Bin Hassan Bin Ali Bin Sina

· Lahir 980M / 424H di Bukhara

· Keturunan turki

· Terkenal dalam bidang kedoktoran dan falsafah islam

2. Sifat peribadi;

· Kreatif, gigih, dan tekun dalam menerokai ilmu khasnya ilmu perubatan

· Bersungguh-sungguh memepelajari ilmu

· Mempu menggabungkan ilmu sains dengan perkara ghaib

· Akalnya cerdas

3. Pendidikan;

· Belajar sejak usia 5 tahun di Bukhara

· Belajar :

§ ilmu tafsir

§ Al-Quran

§ Fikah

§ Usuluddin

§ Tasawwuf

§ Ilmu mantic, matematik, geografi, sains, fizik dan astronomi

· Hafaz al-Quran umur10 tahun

· Mempelajari ilmu kedoktoran semasa umur 17 tahun ( hingga menghasilkan kitab al-Qanun fit-tib )

· Banyak membaca buku semasa bertugas di perpustakaan ( buat rujukan dan hafaz fakta )

4. Sumbangan;

· Menghasilkan kitab al-qanun fit-tib ( membincangkan masalah kedoktoran secara spekulatif dan praktikal )

· Menghasilkan banyak risalah dalam bidang kedoktoran

· Menjalankan kajian dalam bidang biologi dan fizik (diikitraf pemikirannya mendahului zamannya)

· Membawa pemikiran: ( ilmu logic adalah salah satu cabang sains yang berhubung dengan kajian jiwa )

Perkahwinan Dalam Islam

2. KAIFIYAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Pemilihan calon suami

a. Menerangkan ciri-ciri bakal suami & isteri

¨ Berharta

¨ Berketurunan baik

¨ Cantik

¨ Beragama

b. Menghurai perempuan yang haram dikahwini

i. Haram selama-lamanya, ada 3 faktor / sebab utama :

· Faktor keturunan. Contoh :

1) Ibu, nenek dan ke atas

2) Anak, cucu, cicit dan ke bawah

3) Adik beradik perempuan seibu sebapa

4) Adik beradik perempuan seibu

5) Adik beradik perempuan sebapa

6) Emak saudara sebelah bapa

7) Emak saudara sebelah ibu

8) Anak saudara dari adik beradik perempuan dan ke bawah

9) Anak saudara dari adik beradik lelaki dan ke bawah

· Faktor penyusuan. Contoh :

1) Ibu susuan

2) Adik beradik ibu susuan

3) Adik beradik susuan

4) Anak saudara ibu susuan

5) Ibu mentua susuan

· Faktor musaharah / persemendaan. Contoh :

1) Ibu mentua dan ke atas

2) Ibu tiri dan ke atas sama ada telah disetubuhi atau tidak

3) Anak tiri (jika ibunya telah disetubuhi)

4) Menantu perempuan dan isteri cucu lelaki dan ke bawah sama ada telah disetubuhi atau tidak

ii. Haram buat sementara waktu

· Perempuan yang ditalak tiga

· Isteri orang

· Perempuan yang masih dalam idah

· Perempuan yang sedang hamil hasil perzinaan

· Perempuan yang tidak beragama samawi

· Mengumpul isteri dengan mahramnya seperti adik beradiknya atau anak saudaranya dalam satu masa

· Perempuan yang hendak dijadikan isteri kelimanya sedangkan ia sedang memiliki 4 orang isteri

Peminangan dan batas-batas pergaulan

a. Merisik

§ Maksud: langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dihendaki oleh seseorang

§ Islam mengharuskan seseorang lelaki dan perempuan melihat bakal tunangnya

b. Meminang

§ Maksud: lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isterinya

§ Konsep :

- Tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil seseorang wanita sebagai isteri

- Boleh dilakukan dengan lafaz terang atau kiasan

- Biasanya pihak lelaki memberikan hadiah kepada pihak perempuan ( ia tidak bertentangan dengan ajaran islam, asalkan tidak berlaku pembaziran atau ada unsur maksiat )

c. Batas pergaulan dalam tempoh pertunangan :

§ Masih seperti orang asing / ajnabi

§ Diharamkan bergaul bebas dan keluar berdua-duaan tanpa mahram

Rukun-rukun nikah

1. Bakal suami

2. Bakal isteri

3. Wali;

·Syarat wali;

i. Islam

ii. Berakal

iii. Adil

iv. Bukan dalam ihram

v. Baligh

vi. Lelaki

vii. Dengan rela sendiri

· Jenis-jenis wali ;

i. Wali nasab ( keturunan )

a. Wali mujbir

b. Wali bukan mujbir

ii. Wali hakim

- Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan atau hilang kelayakan wali nasab untuk mengahwinkannya

· Susunan wali ;

È Bapa (wali mujbir)

È Datuk sebelah bapa (wali mujbir)

È Adik beradik lelaki seibu sebapa

È Adik beradik lelaki sebapa

È Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki seibu sebapa dan ke bawah

È Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki sebapa dan ke bawah

È Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas

È Bapa saudara dari sebelah bapa

È Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu)

È Anak lelaki dari bapa saudara pihak bapa (sepupu)

È Raja (wali hakim)

· Syarat perkahwinan dari wali mujbir;

i. anak dan bapa tidak bermusuhan

ii. bakal suami sekufu dengan anaknya

iii. mas kahwinnya tidak kurang dari mas kahwin adik-beradik perempuannya

iv. bakal suami anaknya mampu membayar mas kahwin

v. bakal suami anaknya mampu menanggung keperluan hidup / tidak mendatangkan mudarat

· Sebab yang mengharuskan perpindahan wali nasab kepada wali hakim

i. Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan

ii. Wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati

iii. Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah

iv. Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi

v. Wali sedang dalam ihram haji atau umrah

vi. Wali mnyembunyikan diri

vii. Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan

viii. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang setaraf dengannya

ix. Wali enggan mewalikan perempuan itu

4. 2 orang saksi;

· Syarat saksi;

i. Baligh

ii. Adil

iii. Berakal

iv. Merdeka

v. Sempurna penglihatan & pendengaran

5. Lafaz ijab dan kabul;

· Syarat lafaz ijab;

· Dilafazkan oleh wali atau wakilnya

· Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis

· Tidak melafazkan dengan bahasa sindiran

· Lafaz ijab jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi

· Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul

· Ditentukan / disebutkan nama pengantin perempuan

· Syarat lafaz kabul;

· Tidak menyalahi ijab

· Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya

· Menyebut nama bakal isteri atau banti namanya

· Dalam satu majlis

· Ucapan kabul selepas ijab

· Tidak diselangi dengan apa-apa ucapan atau diam yang lama

· Bahasa yang jelas dan mudah difahami

· Tidak dengan lafaz taklik

Mahar

a. Maksud mahar :

· Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah

b. Hukum nahar :

· wajib

c. Jenis nahar :

· Mahar musamma:

- Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak

· Mahar misil :

- Mahar yang ditentukan kadaarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri

d. Kadar mahar:

· Islam tidak menetapkan kadar mahar

· Ia bergantung kepada persetujuan dan budi bicara kedua belah pihak bakal suami dan isteri

· Kedudukan isteri dan suami diambil kira sebagai asas penentuan

e. Hikmah kadar mahar tidak ditetapkan oleh islam:

· Membolehkan pihak suami dan isteri berbincang mengenai kadar yang sesuai dan berpatutan

· Islam tidak mahu membebankan umatnya dengan menetapkan perkara yang diluar kemampuan dan taraf umatnya

· Islam mahu umatnya mengamalkan sifat bersederhana dan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing

f. Syarat mahar :

· Ulamak mazhab syafie dan hanbali berpendapat bahawa semua barang atau manfaat yang boelh dijadikan bayaran atau upah boleh dijadikan mahar

· harta yang bernilai

· bukan harta yang dirampas

· bersih dan halal

· kadar dan jenis disebut dengan jelas

g. Hikmah diwajibkan mahar :

· Melahirkan keikhlasan suami dan isteri atas perkongsian hidup bersama

· Sebagai tanda kesanggupan suami untuk membina rumahtangga

· Sebagai persiapan pertama bagi suami untuk memikul tanggungjawab memberikan nafkah kepada isteri

· Memulia dan mengiktiraf kedudukan kaum wanita

Walimatul urus

a. Maksud walimatul urus :

· kenduri / jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan

b. Hukum walimatul urus :

· Sunat muakkad

c. Adab walimatul urus :

· Diadakan secara sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran serta bergolok gadai

· Tidak menimbulkan sifat riyak dan bangga diri

· Tidak mengandungi unsur-unsur maksiat dan khurafat seperti mengadakan upacara tepung tawar untuk menolak bala atau percampuran bukan mahram tanpa batas

d. Hikmah walimatul urus :

· Melahirkan rasa kesyukuran kepada allah kerana dapat membina rumahtangga

· Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan

· Tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin

· Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangantelah menjadi suami isteri yang sah