Isnin, 27 Julai 2009

2. DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH S.W.T

2. DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH S.W.T

1. MAKSUD DOSA

· Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhannya

2. FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MANUSIA MELAKUKAN DOSA

· terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat

· ingin hidup bebas tanpa batasan agama

· sikap angkuh dan sombong kerana harta dan pangkat

3. JENIS-JENIS DOSA

i) DOSA BESAR

· Maksud

§ Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat

· Contoh

§ Minum arak, berzina, membunuh

§ Mengumpat dan derhaka kepada ibu bapa

· Akibat buruk jika melakukan dosa besar

§ Dikenakan hukuman kisas, hudud dan takziz

§ Menerima seksa neraka jika tidak bertaubat

ii) DOSA KECIL

· Maksud

§ Kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat

· Contoh

§ Melihat aurat bukan muhram

§ Bercakap perkara yang tidak memberi faedah

· Akibat buruk jika melakukan dosa kecil

§ Jika dilakukan secara berterusan boleh menjadi dosa besar

1. CONTOH-CONTOH DOSA BESAR

i) MENGHINA DAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA

· Sebab perlu mentaati ibu bapa

§ Mereka memeliahara kita sejak kecil hingga dewasa dengan penuh kasih sayang

§ Mereka menyediakan segala keperluan untuk kita supaya kita hidup dengan selasa

§ Mereka mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara

§ Mereka sanggup berkorban demi kebahagian kita

· Cara menghormati ibu bapa

§ Mendengar nasihat dan tunjuk ajar mereka

§ Menghormati mereka setiap masa

§ Menjaga mereka dengan baik semasa mereka tua

§ Bersopan dan berlemah lembut apabila berbicara dan berhadapan dengan mereka

· Perlakuan yang dikatogerikan menderhaka kepada ibu bapa

§ Melawan percakapan ibu bapa

§ Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka

§ Tidak mendengar nasihat dan teguran mereka

§ Menghina dan memandang rendah ibu bapa yang miskin

· Balasan yang dijanjikan oleh Allah terhadap anak yang derhaka

§ Menanggung kesusahan hidup di dunia yang berpanjangan

§ Tidak mendapat rahmat Allah

§ Terputus rezeki daripada Allah

§ Akan mendapat azab daripada Allah di akhirat kelak

i) MENIPU DAN BERBOHONG

· Maksud menipu:

§ Iaitu melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri atau memudaratkan orang lain.

· Maksud berbohong :

§ Tidak bercakap benar atau memalsukan fakta dan maklumat yang menyusahkan orang lain.

· Hukum : haram dan berdosa besar

· Ia boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumen, mencampurkan buah yang elok dengan yang busuk

i) MENCURI DAN MEROMPAK

· Maksud mencuri :

§ Mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan ditempat simpanannya tanpa izin

· Maksud merompak :

§ Mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan ditempat simpanan tanpa izin

· Haram kerana ia perbuatan yang hina dan mengganggu ketenteraman masyarakat dan negara

· Islam mengenakan hukuman hudud iaitu memotong tangan pencuri sekiranya barang yang dicuri mencukupi kadar tertentu dan sabit kesalahan

i) RIBA'

· Maksud :

§ Faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang piutang, pertukaran makanan yang sejenis termasuk juga mata wang

· Hukum : haram dan berdosa besar

· Jenis-jenis riba' :

§ riba' al-fadhal :

pertambahan yang diperolehi melalui pertukaran barang yang sama sepertinya

§ riba' an-nasiah :

pertambahan yang diperolehi kerana menangguhkan tempoh bayaran

· Hikmah pengharaman riba' :

§ membenteras kezaliman dan penindasan sesama manusia

§ mewujudkan kestabilan ekonomi masyarakat

§ menggalakkan semangat tolong-menolong sesama manusia

i) MAKAN HARTA ANAK YATIM

· Sebab-sebab dilarang memakan harta anak yatim:

§ anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa

§ mengelakkan anak yatim hidup terbiar dan melarat

§ mengelakkan berlaku pergaduhan dan terputus sifat silaturrahim

i) LARI DARI MEDAN PERANG

· Akibat lari dari medan perang :

§ dipandang hina oleh masyarakat

§ umat islam akan ditindas

§ memberi peluang kepada musuh menghapuskan agama dan umat islam

i) MENGUMPAT DAN MEMFITNAH

· Maksud :

§ Mengata atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya

· Sebab-sebab mengapa fitnah boleh terjadi :

§ ingin melihat orang lain menderita

§ takut persaingan hidup

§ tidak mahu mengakui kelebihan orang lain

· Akibat dari perbuatan fitnah :

§ berlaku permusuhan dan huru hara

§ masyarakat islam akan sentiasa mundur

§ putus silaturrahim dan menghalang perpaduan

· Cara mengelakkan diri dari melakukan fitnah :

§ Redha dengan ketentuan Allah

§ Menyemai sifat kasih sayang sesama muslim

§ Sentiasa melakukan muhasabah dirimeningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan amalan soleh

i) MINUM ARAK DAN MENAGIH DADAH

· Maksud arak :

§ Minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam

· Maksdu dadah :

§ Sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir

· Hikmah pengharaman arak :

§ menjaga kewarasan akal manusia

§ mengelakkan perkelahian dan permusuhan

§ mengekalkan kesihatan fizikal dan mental

§ menjamin keharmonian keluarga dan masyarakat

· Langkah mencegah perbuatan minum :

§ Perlu sedar bahawa minum arak dan menagih dadah adalah berdosa besar

§ Masyarakat perlu mengamalkan cara hidup sihat dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan / riadhah

· Kesan buruk arak bagi individu

§ membazir harta, masa dan tenaga

§ menjatuhkan maruah diri dan keluarga

§ terdedah kepada kegiatan jenayah seperti pergaduhan, mencuri dan membunuh

· Kesan buruk arak bagi masyarakat

§ menjadi mundur kerana anggotanya tiada berdaya maju

§ dipandang hina kerana ahlinya berakhlak buruk

§ tidak tenteram kerana berlaku permusuhan dan perkelahian

i) ZINA

· Maksud :

§ Persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah

· Hukum zina dan perbuatan yang mendorong kepda zina : berdosa besar

· Contoh perbuatan yang mendorong kepada zina :

§ melihat, merenung, bercakap antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram tanpa hajat yang diharuskan syarak, duduk berdua-duaan ditempat sunyi, memakai pakaian yang menjolok mata dll.

· Faktor yang menyebabkan seseorang melakukan zina

§ Kurang pendidikan agama

§ Lemah iman dan penghayatan islam

§ Mengunjungi tempat-tempat maksiat

§ Mengamalkan pergaulan bebas

· Akibat buruk melakukan zina :

§ merendahkan maruah diri dan keluarga

§ mendapat kemurkaan allah dan mengundang bala

§ meruntuhkan institusi keluarga

§ melahirkan generasi keluarga yang tidak jelas nasabnya

· Hukuman terhadap penzina ( yang melakukan zina )

§ bagi muhsan ( penzina yang telah berkahwin dengan cara yang sah ; direjam dengan batu sahingga mati

§ bagi ghair muhsan ( penzina yang belum berkahwin ) ; disebat seratus kali sebatan

i) MENUDUH PEREMPUAN BAIK MELAKUKAN ZINA

· Maksud :

§ Menuduh seseorang yang baik melakukan zina tanpa empat orang saksi lelaki yang adil

· Haram kerana ia boleh menjatuhkan maruah tertuduh dan menyebabkan tekanan jiwa kepada tertuduh dan keluarganya serta menghancurkan masa depan

· Hukuman jika membuat tuduhan palsu :

§ hukuman sebat 80 kali sebatan setalah melalui proses undang-undang kepada individu yang telah sabit keslahannya membuat tuduhan palsu

i) LIWAT DAN MUSAHAQAH

· Maksud liwat :

§ Hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki.

· Maksud musahaqah :

§ Hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan

· Faktor yang menyebabkan perbuatan liwat & musahaqah :

§ Terpengaruh dengan budaya liar

§ Tidak sanggup memikul tanggungjawab suami isteri

§ Membaca atau melihat bahan-bahan lucah

§ Kelemahan pelaksanaan undang-undang

· Akibat jika melakukan liwat & musahaqah :

§ meruntuhkan institusi perkahwinan

§ menghidapi pelbagai penyakit fizikal dan mental

§ mendapat balasan azab di dunia dan akhirat

i) MEMBUNUH DIRI

· Maksud :

§ Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri

· Punca perbuatan membunuh diri sendiri boleh berlaku :

§ Putus asa dengan rahmat Allah

§ Tidak meyakini kehidupan hari akhirat

§ Menganggap dengan membunuh diri menamatkan penderitaan

· Cara mengatasi perbuatan membunuh diri :

§ Hendaklah yakin dengan rahmat Allah

§ Berusaha memajukan diri mengikut lunas-lunas yang betul

§ Menghatur strategi hidup berpandukan al-quran as-sunnah dan akal yang waras

Tiada ulasan:

Catat Ulasan