Isnin, 27 Julai 2009

Makanan yang Baik

HADIS

1. MAKANAN YANG BAIK

1. KEWAJIPAN UMAT ISLAM PRIHATIN SEMASA MEMILIH MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN

· Cara prihatin :

§ Sedar bahawa Allah sentiasa tahu semua yang dilakaukan oleh makhluknya

§ Mengamalkan makan, minum, dan pakai untuk ibadat dan tujuan mendapat pahala

§ Berbangga dengan hasil titik peluh sendiri

§ Menanamkan sifat bangga dengan peraturan agama Islam dalah yang terbaik dan terlengkap

2. CIRI-CIRI MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HALAL DENGAN YANG HARAM

· baik untuk kesihatan dan tidak memudharatkan

· tidak merosakkan akal

· menutup aurat bagi pakaian

· dari sumber yang halal seperti melalui jual beli yang sah / tanaman sendiri dll

3. HIKMAH MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HALAL DAN BAIK.

· Menjaga kesihatan badan

· Memelihara kewarasan akal

· Menjaga maruah diri

· Dimakbulkan doa

4. HUBUNGAN MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN DENGAN IBADAT

· Punca sahnya ibadat

· Doa mudah diterima

· Tidak menyalahi undang-undang

5. KELONGGARAN UNTUK MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HARAM

· Syarat :

§ Hanya terdapat makan atau minuman yang haram sahaja

§ Makan atau minum sekadar menyelamatkan nyawa

§ Makan atau minum bukan untuk kenyang

6. HIKMAH KELONGGARAN UNTUK MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HARAM

· Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga

· Memberi kelonggaran ketika dharurat kepada umat Islam untuk mnyelamatkan nyawa

· Melambangkan bahawa ajaran islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya

7. MENGENALPASTI MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HALAL DAN HARAM

· Mengetahui sumber

· Mengetahui batas-batas syarak yang telah ditetapkan

8. SEBAB UMAT ISLAM PERLU MEMILIH MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HALAL

· Menjaga maruah agama supaya diakui yang terbaik oleh agama lain

· Umat Islam akan dihormati kerana mengikuti peraturan syarak setiap masa

· Umat islam tidak mudah dirosakkan atau dipengaruhi

· Supaya ibadah-ibadah lain mudah diterima oleh Allah

9. HIKMAH MENJAUHI MAKANAN, MINUMAN DAN PAKAIAN YANG HARAM

· Ibadah mudah diterima

· Menjaga kesihatan dari perkara-perkara yang merosakkan dan memudharatkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan