Rukun-rukun nikah 1. Bakal suami 2. Bakal isteri 3. Wali; ·Syarat wali; i. Islam ii. Berakal iii. Adil iv. Bukan dalam ihram v. Baligh vi. Lelaki vii. Dengan rela sendiri · Jenis-jenis wali ; i. Wali nasab ( keturunan ) a. Wali mujbir b. Wali bukan mujbir ii. Wali hakim - Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan atau hilang kelayakan wali nasab untuk mengahwinkannya · Susunan wali ; È Bapa (wali mujbir) È Datuk sebelah bapa (wali mujbir) È Adik beradik lelaki seibu sebapa È Adik beradik lelaki sebapa È Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki seibu sebapa dan ke bawah È Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki sebapa dan ke bawah È Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas È Bapa saudara dari sebelah bapa È Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu) È Anak lelaki dari bapa saudara pihak bapa (sepupu) È Raja (wali hakim) · Syarat perkahwinan dari wali mujbir; i. anak dan bapa tidak bermusuhan ii. bakal suami sekufu dengan anaknya iii. mas kahwinnya tidak kurang dari mas kahwin adik-beradik perempuannya iv. bakal suami anaknya mampu membayar mas kahwin v. bakal suami anaknya mampu menanggung keperluan hidup / tidak mendatangkan mudarat · Sebab yang mengharuskan perpindahan wali nasab kepada wali hakim i. Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan ii. Wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati iii. Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah iv. Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi v. Wali sedang dalam ihram haji atau umrah vi. Wali mnyembunyikan diri vii. Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan viii. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang setaraf dengannya ix. Wali enggan mewalikan perempuan itu 4. 2 orang saksi; · Syarat saksi; i. Baligh ii. Adil iii. Berakal iv. Merdeka v. Sempurna penglihatan & pendengaran 5. Lafaz ijab dan kabul; · Syarat lafaz ijab; · Dilafazkan oleh wali atau wakilnya · Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis · Tidak melafazkan dengan bahasa sindiran · Lafaz ijab jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi · Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul · Ditentukan / disebutkan nama pengantin perempuan · Syarat lafaz kabul; · Tidak menyalahi ijab · Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya · Menyebut nama bakal isteri atau banti namanya · Dalam satu majlis · Ucapan kabul selepas ijab · Tidak diselangi dengan apa-apa ucapan atau diam yang lama · Bahasa yang jelas dan mudah difahami · Tidak dengan lafaz taklik |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan